
Assalamualaikum, Salam perkenalan dari saya buat semua....Roslee Noor dari El-Geniena Dafur Sudan. Mungkin semua sedia maklum krisis kemanusiaan yang menimpa rakyat Dafur..krisis yang melanda telah mengorbankan hampir 300,000 nyawa manusia. Saya akan cuba untuk memaparkan penderitaan mereka agar kesedaran mungkin akan boleh kita adaptasikan kedalam kehidupan seharian. Persengketaan hanya mengesahkan pepatah orang tua-tua" Menang jadi arang kalah jadi abu....

3 comments:
30 Sept.2008- seawal 6.30 pg. Bangun utk solat subuh berjemaah di masjid Kem tempat kami tinggal.Seperkara yang menarik PFU (Protection Force Unit) yang terdiri dari askar Nugeria 70% darinya beragama Islam dan sangat taat didalam mendirikan solat berjemaah. Walaupun ada sedikit perbezaan dari segi perlaksanaan solat, sebagai contoh doa Qunut tidak diamalkan,bacaan Al-fatihah tidak didahulukan dengan bacaan "Bismillah " namun perbezaan ini tidak diperbesarkan. Mereka lebih senang untuk membicarakan persamaan yakni kita sama-sama umat Islam ltu yang lebih penting.Hati menjadi sayu bila membicarakan asal-usul kita semua dari Adam dan Hawa. Sekian catatan untuk hari ini salam dari Dafur Sudan.
31 sept.2008-Merupakan hari terakhir sebelum umat islam di Sudan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Tahun ini merupakan tahun pertama saya akan menempuh bulan puasa di luar negara. Berbagai perkara bermain difikiran...bagaimana cuaca? cabaran tugas, makan-minum malahan keluarga di tanahair. Tentu meriah mereka menyediakan pelbagai juadah sempena kedatangan ramadhan. Tapi buat kami petugas di Misi Pengaman PBB ini mungkin akan menyediakan juadah untuk sahur pertama malam ini ala-kadar sahaja. Sebentar tadi saya bersama Sjn.Korshaa rakan polis dari Ghana baru sahaja pergi ke Kerinding untuk menyelesaikan masaalah sebuah Toyota Pick up yang mengalami kerosakan di Kem Pelarian semasa menjalankan rondaan biasa.
Sepanjang perjalanan di sana-sini terlihat kemeriahan umat Islam menyambut Ramadhan, pelbagai juadah dapat dilihat melalui tingkap kenderaan. Kenderaan moden simpang siur bersama Unta, Kuda, keldai dan tak kurang juga lembu kambing berkeliaran disepanjang jalan utama Pekan El-Geniena. Seperkara yang perlu diberi perhatian ialah elak dari terlanggar binatang ternakan kerana harga yang perlu dibayar amat tinggi dan dikira dalam matawang USD. Di kiri kanan jalan berdebu itu juga dapat dilihat pelbagai daging di jual ada daging Unta, lembu dan kambing. Rata-rata semua daging ini di jual 10 Pound sekilo.BersamaanRM 15/- sekilo.(Sudanese pound merupakan matawang Sudan).O.K itu sahaja catatan hari ini. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua.
31 Sept.2008 - 9.30 pm. 1 Ramadhan, Alahamdulillah kerana di beri Allah peluang sekali lagi merasai nikmat kehidupan untuk sama-sama beribadah di bulan penuh keberkataan ini. Selesai solat Isyak kami meneruskan dengan ibadat Tarawikh, 8 rakaat di campur 3 rakaat witir. Tidak banyak perbezaan sebagaimana yang di lakukan umat Islam di Malaysia.Cuma yang agak ketara setiap 2 rakaat tiada diselang seli dengan selawat sebagaimana amalan kita di Malaysia. Mungkin di kala ini keluarga di malaysia sedang enak dibuai mimpi dimalam penuh keberkatan ini. merujuk perbezaan waktu lewat 5 jam di Sudan, di Malaysia sudah melewati jam 1.30 pagi. Emm..Imsak di Sudan jam 5.30 pagi..jadi kami akan bangun bersahur sekitar jam 4 pagi. Hari ini rakan senegara En.kartar Singh masak kari kambing.. boleh tahan juga masakan dia enak...hihii...ok..mata dah mula mengantuk...
Post a Comment